Thursday, July 29, 2010

TTK 2010 Mendapat Sambutan Di Luar Jangkaan

Program Tayangan Talian Kasih (TTK) yang dianjurkan oleh PMIT mendapat sambutan yang meriah di kalangan mahasiswa TATIUC. Pada hari pertama iaitu 27 Julai 2010, Filem "Kingdom OF Heaven" telah mencatatkan rekod kehadiran seramai lebih 400 siswa dan siswi dan pada malam keduanya iaitu 28 Julai 2010, "Sang Murabbi" telah mencatatkan seramai lebih 200 mahasiswa yang turut memeriahkan TTK walaupun pada awalnya keadaan cuaca tidak berapa mengizinkan.

Untuk pengetahuan semua warga TATIUC, program TTK bukan sahaja program berbentuk tayangan yang pertama dilancarkan pada sesi ini malah juga merupakan program pertama yang dilancarkan dan diberikan merit sejak sistem merit dilancarkan.

Unit Ekonomi & Pemasaran PMIT juga tidak ketinggalan menjual makanan dan minuman ringan untuk menjana tabung persatuan. Anda juga boleh mendapatkan salinan asal Filem Kingdom Of Heaven yang bersarikata inggeris dan Sang Murabbi pada Mesyuarat Agung Tahunan PMIT yang bakal diadakan di MLH A pada 3 Ogos 2010 Jam 9 malam. Pendaftaran keahlian juga boleh dilakukan pada malam berkenaan. Kami berharap agar PMIT boleh terus melahirkan mahasiswa yang hebat, intelektual dan bersahsiah suatu hari kelak.

Gambar Kenangan









.