Sunday, October 10, 2010

Rentetan Program Kem Motivasi dan Eksplorasi Kasih Di Pulau Pangkor

Pada 23 hingga 25 September 2010 yang lalu, sebuah kem motivasi dan eksplorasi kasih telah diadakan di Pulau Pangkor selama 3 hari. Program ini merupakan anjuran Persatuan Mahasiswa Islam TATiUC (program tertutup) dan seramai 36 orang peserta telah mengikuti program ini.

Tujuan utama kem motivasi diadakan untuk merapatkan silaturrahim antara peserta dan peserta juga akan mempunyai pengalaman dengan kawan baru. Peserta juga dapat pelajari tentang sesuatu.

Perjalanan Ke Pulau Pangkor

Rabu (22 Sept 2010)

Bas bertolak mengikut jadual iaitu pada pukul 9 malam dan tiba di Pulau Pangkor dalam lingkungan pukul 10 pagi.

Khamis (23 Sept 2010)
Setibanya kami jeti Pulau Pangkor, kami terus membeli tiket bot atau feri bagi menyeberangi ke pulau. Masa yang terluang kami isikan dengan mengambil peluang untuk bersarapan pagi dan mengambil gambar kenangan. Setelah feri tiba, kami menaikinya terus dan tiba di resort pada pukul 11.40 pagi.

Aktiviti Yang Dilakukan

Aktiviti pertama yang dimulakan ialah 'ice-breaking'. Aktiviti ini dimulakan pada pukul 1.30 tengahari dan diteruskan dengan modul Smart Group 1 pada pukul 3.00 petang. Modul ini merangkumi aspek melatih keyakinan diri dan kemahiran komunikasi di khalayak ramai. Setiap modul yang dirancang, mempunyai input yang berguna buat semua peserta. Selepas tamat modul tersebut, peserta dibenarkan berehat untuk solat asar dan aktiviti diteruskan dengan aktiviti riadah iaitu permainan volley ball ditepi pantai bermula pada pukul 5.00 petang. Permainan ini mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli. Pada waktu di sebelah malam pula, peserta telah diadakan solat magrib, kuliah magrib dan solat isyak yang diimamkan oleh Ust. Ahmad wafee di surau serta makan malam .

Smart Group 2, menyusul dan dikendalikan oleh Puan Norhayati, yang menyampaikan pembentangan tentang asas-asas kemahiran berkominukasi dengan baik. Serta bagaimana untuk melakukan penyampaian yang berkesan serta menarik minat pendengar. Modul ini dilaksanakan secara praktikal. Ramai antara peserta yang mendapat input yang sangat-sangat berguna.

Pada pukul 10.30 malam, aktiviti diteruskan dengan Smart Group 3, modul yang cukup terkesan. Sebuah video muhasabah telah ditayangkan dan motivasi telah diberikan kepada kesemua peserta. Ada antara peserta yang mengalirkan air mata ketika modul ini dilakukan kerana terkesan dengan penyampaian yang diberikan. Setelah itu, aktiviti 'night walk' menyusul dan mengakhiri aktiviti pada hari tersebut.

Keesokkan harinya (hari Jumaat), aktiviti pertama yang dilakukan setelah sarapan pagi ialah 'jungle tracking'. Walaupun hujan renyai-renyai pada pagi itu, ianya tidak mematahkan semangat kami untuk terus mendaki bukit. Malangnya, aktiviti kami terbantut hanya separuh perjalanan, apabila hujan tidak berhenti-henti dan atas nasihat pengiring yang mengetuai aktiviti 'jungle tracking' kami, aktiviti ini dihentikan atas sebab keselamatan.

Namun sebegitu, aktiviti kami masih diteruskan pada sebelah petang dengan aktiviti 'snorkeling'. Kami dibawa ke sebuah pulau dan diberi sedikit roti untuk diberi kepada ikan-ikan sewaktu melakukan 'snorkeling' bagi mengumpan ia kearah kita. Aktiviti ini berakhir pada pukul 6 petang. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Aktiviti pada sebelah malam ialah makan malam BBQ dan rehat.

Keesokkan paginya (hari Sabtu), peserta dibangunkan seawal 5-6 pagi untuk khidmat diri, solat subuh dan berkumpul untuk kuliah subuh. Selepas bersarapan, peserta diberi masa untuk berkemas barang masing-masing sebelum aktiviti seterusnya dijalankan iaitu aktiviti 'postmortem' dan majlis penutup.

Aktiviti 'postmortem' ialah bertujuan bagi mengetahui dan berkongsi sekiranya terdapat permasalahan sepanjang program motivasi ini oleh setiap peserta. Peserta juga digalakkan untuk memberi sebarang cadangan dan komen.

Dalam majlis penutup pula, setiap peserta diberi sijil penyertaan. Selepas majlis penutup, bersiap sedia bertolak pulang. Sebelum bertolak pulang peserta dibawa bersiar disekitar Pulau Pangkor. Peserta dibawa ke kilang pemprosesan makanan laut dan tempat bersejarah (Kota Belanda).

Perjalanan Pulang Ke TATiUC

Peserta menaiki feri pada pukul 2 petang dan kembali ke jeti pada tempat kami bermula. Sebelum pulang, kami diberi peluang untuk membeli cenderahati atau ole-ole dari Pulau Pangkor. Bertolak pulang ke TATiUC pada pukul 3 petang.

Ribuan Terima Kasih Kepada Penaja Program Ini

ESM
Muara Kalongan
Arca Imej Optometris
Arkitek Wan Jefri

Suasana Di Kem


.