Thursday, December 30, 2010

Mesyuarat Ahli PMIT Semester 2 - 2010/2011


Pada 29 Disember 2010 yang lalu, satu perjumpaan diantara ahli Persatuan Mahasiswa Islam TATIUC telah berlangsung bermula pada pukul 8.30 malam bertempat di Dewan Kuliah A. Perjumpaan ini adalah bertujuan bagi memperkenalkan barisan-barisan kepimpinan PMIT sendiri dan pembentangan rancangan aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang semester baru ini.

Sebelum majlis dimulakan, kehadiran ahli PMIT telah diambil bagi tujuan mendapatkan cop merit di akhir majlis. Setelah itu, majlis diteruskan dengan kata-kata aluan selamat datang oleh Presiden PMIT iaitu saudara Muhammad Izzuddin B Moktar dan dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Khairul Asyraf Bin Ahmad yang juga merupakan Exco Agama Dan Kerohanian PMIT.

Setelah bacaan doa, majlis diteruskan kembali oleh Presiden PMIT. Beliau telah berpesan kepada semua ahli agar menghormati bulan Muharam dan mengajak agar bersama-sama mencari keredhaan Allah S.W.T dengan amalan seperti solat sunat, berzikir dan melakukan perkara yang berfaedah. Setelah itu, beliau telah membentangkan segala aktiviti dan program PMIT pada semester lepas dan diakhiri dengan pembentangan 'slide show' mengenai sejarah dan objektif penubuhan PMIT serta pengenalan barisan-barisan kepimpinan PMIT.

Majlis kemudian diteruskan oleh saudara Muhammad Azri Bin Omar yang merupakan Timbalan Presiden persatuan ini. Disini beliau telah membentangkan rancangan program-program yang akan datang seperti program ceramah bulanan, kelas tambahan bagi ahli yang lemah dalam pelajaran, pertandingan sukan boling dan futsal, kursus menguruskan jenazah dan membersihkan kawasan perkuburan di Telok Kalong dan Kijal. Di akhir ucapan, beliau juga turut berpesan dan menasihati kepada semua agar sentiasa menjaga ukhuwah dan silaturrahim, peka dengan isu semasa, berfikir dengan lebih matang, tidak mudah terpengaruh, bijak menilai dan sentiasa jujur dalam membuat sebarang pekerjaan.

Selesai sahaja pembentangan oleh Timbalan Presiden, akhirnya sesi soal jawab dan cadangan dari ahli PMIT dibuka. Perlbagai cadangan dan idea bernas telah diberikan dan dicatatkan. Setelah sesi soal jawab dan cadangan ditutup, majlis diteruskan dengan sesi pengenalan diri oleh setiap ahli exco PMIT.

Majlis tamat pada jam 11.30 malam dan ditangguh dengan bacaan doa tasbih kkifaroh dan pengambilan kad merit yang telah dicop.

SUASANA SEKITAR MESYUARAT