Friday, April 22, 2011

Rentetan Dari Program Kuliah Bulanan PMIT

Kuliah Maghrib Yang Sedang Berlangsung

Pada 29 Mac 2011 yang lepas, akhirnya lengkap juga program kuliah bulanan yang telah berjaya dijalankan bertempat di surau utama TATiUC. Program ini merupakan anjuran Exco Kerohanian Persatuan Mahasiswa Islam TATiUC (PMIT) dengan kerjasama Bahagian Kerohanian Hal Elwal Pelajar & Alumni (HEPA) dan seluruh warga TATiUC telah dijemput bagi mengikuti program ini.

Tujuan utama program ini diadakan untuk berkongsikan ilmu agama yang bermanfaat disamping menyebarkan dakwah Islamiah sekaligus mendekatkan mahasiswa TATiUC untuk sentiasa berkunjung ke surau.

Mengenai Program Kuliah Bulanan

Secara keseluruhan, program ini telah dijalankan sebanyak 4 kali sepanjang semester ini (Semester 2, 2010/2011) iaitu sebanyak satu kali untuk setiap sebulan. Bagi setiap bulan, penceramah yang berbeza telah dijemput untuk program ini iaitu 2 orang dari TATiUC dan 2 orang adalah penceramah luar.

Kuliah ini bermula setelah selesai solat Magrib berjemaah di surau TATiUC dan berakhir dengan solat Isyak berjemaah. Semua mahasiswa TATiUC yang hadir akan mendaftarkan nama mereka dan menyerahkan kad merit mereka bagi tujuan mendapatkan cop merit dan akan mendapatkan kembali selepas tamat program. Hadirin yang hadir kemudiannya dijamu dengan makanan ringan seperti kuih dan minuman selepas tamatnya kuliah tersebut.

Kuliah Pertama (Selasa, 25 Januari 2011)
Nama : Ustaz Ahmad Wafee Bin Sulaiman
Jawatan : Penolong Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Akademik & Alumni (HEPA)
Pendidikan : Lepasan Universiti Al-Azhar


Kuliah Kedua (Selasa, 15 Februari 2011)
Nama : Mohammad Abdul Qahar Bin Abd Aziz
Jemputan : Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
Pendidikan : Ijazah
Kelayakan Professional : BA Fakulti Pengajian Islam UKM
Pengalaman : Ketua Penolong Pengarah Undang-Undang Keluarga JAIP, Penceramah Radio Pahang
Keanggotaan Dalam Badan Sukarela : Penasihat Surau Kem Padang Perdana
Tajuk Kuliah : Mengenal Allah


Kuliah Ketiga (Selasa, 8 Mac 2011)
Nama : Ustaz Syahrul Alim Bin Baharuddin
Jawatan : Pensyarah dan Penolong Pendaftar Jabatan Sumber Manusia TATIUC
Tajuk : Hikmah Disebalik Musibah


Kuliah Keempat (Selasa, 29 Mac 2011)
Nama : Ustaz Affandi Bin Abd Ghani
Jemputan : Sekolah Kebangsaan Kemasik, Kemaman
Pendidikan : Ijazah
Kelayakan Professional : Ijazah B4 (hons) Universiti Al-Azhar, Guru Sekolah Kebangsaan Kemasik
Pengalaman : 6 tahun mengajar dan berceramah
Tajuk Kuliah : Ilmu dan Peperiksaan


Penutup
Alhamdullilah, program ini telah berjalan dengan lancar. Diharap dengan ini, program-program seperti ini mampu dijalankan lagi dan disokong penuh oleh seluruh warga TATiUC. Semoga Allah SWT memberkati majlis yang telah diadakan ini dan diredhaiNya. Mudah-mudahan.

Pengarah Program : Khairul Asyraf (Exco Kerohanian PMIT)
Laporan Oleh : Ahmad Sufi (Exco Penerbitan, Publisiti & Teknologi Maklumat)
.