Sunday, June 30, 2013

Selamat Datang Kepada Mahasiswa Baru TATI University College Sesi 2013/2014


PERSATUAN MAHASISWA ISLAM TATIUC MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA MENJADI SEBAHAGIAN DARI WARGA TATIUC, KAMI JUGA MENGALU-ALUKAN MAHASISWA BARU TATIUC MENYERTAI PERSATUAN KAMI . JIKA ANDA BERMINAT MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUARGA KAMI, KLIK DI SINI 

MAHASISWA RABBANI, PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI

Friday, February 15, 2013

Thursday, January 17, 2013

Listen? Ok, Let me speak.. do you want??


Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua

Universiti yang mewarnai dengan budaya ilmuan daripada golongan intelek dan terpelajar sesuatu yg amat menyedihkan dalam konteks 'Mentamadunkan Mahasiswa' apabila forum yang bertajuk “Seiringkah Mahasiswa dan Politik?” yang diadakan di Universiti Utara Malaysia pada 8 Disember 2012 menjadi bualan masyarakat melihat adab panel saudari Sharifah Zohra Jaben merupakan Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) yang menyekat pendapat saudari Bawani (mahasiswi UUM)


Pentas forum dan dialog adalah memberi keterbukaan minda seseorang dan tidak dinafikan proses indoktrinasi yang berlaku di UUM. Perkara asas dalam landskap akademik ialah keterbukaan dalam menerima sebarang pandangan. Keberanian siswi Bawani yang tampil kehadapan menyatakan pendirian terhadap suasana politik Malaysia khususnya isu berkaitan hak kebebasan bersuara dan pendidikan percuma sangat membudayakan keintelektual mahasiswa.

Apabila mahasiswa dikritik hebat, dikatakan lemah dalam tindakan, pasif akan isu semasa, tidak profesional dalam pengurusan, kurang ambil tahu perit derita umat. Tapi 'kepedulian mahasiswa dicabul'!! Saudari Sharifah seharusnya “Menerang, Bukan Menyerang”. Kita menilai dengan apa yang terpapar, Suara Mahasiswa hari ini yang akan mewarnai masa depan sesebuah negara Idea dan pemikiran Mahasiswa perlu kita ambil berat, jangan kita pandang ringan.

Mahasiswa memandang sesuatu isu yang di bincangkan dari sudut pandang yang berbeza. Semua pihak haruslah faham, dan menjawab  dengan professional, Soalan yang diajukan tidak pula di jawab namun terus diserang. Mahasiswa yang keliru makin tersepit dan akan terus jahil mempersoalkan persoalan yang tiada jawapan.
Saya mengucapkan tahniah atas keberanian mahasiswi UUM, saudari Bawani dan menyeru pihak Suara Wanita 1 Malaysia agar mohon maaf secara terbuka kepada pihak yang berkenaan.


Muhammad Izzuddin Moktar
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam
TATI University College





Sunday, September 16, 2012

Pesta Konvokesyen TATIUC Kali Ke-6

Sempena dengan Pesta Konvokesyen TATIUC kali ke-6, PMIT Dengan kerjasama TATIUC akan menganjurkan satu program yang cukup bermanfaat buat semua.

ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR!!!



Jadual Penuh Pesta Konvokesyen kali ke-6

Program Kayuhan Mesra Kijal pada 21 September 2012 juga akan diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Syed Mohd Norhisyam, yang akan turut serta dalam kayuhan berbasikal sekitar Teluk Kalong & Kijal.

PAKAK MAGHI BLAKE DEH......AJOK AWOK-AWOK.....~!!


Saturday, September 1, 2012

Selamat Datang Pelajar Ijazah Sesi 2012/2013

Selamat datang dan syabas diucapkan buat kalian. Semoga TATIUC ini menjadi tempat persinggahan yang memberikan peluang dan jalan untuk terus membuatkan kita mendaki ke puncak kejayaan duniawi dan ukhrawi.


Tuesday, August 14, 2012

Sunday, August 12, 2012

Cerpen: Saya Bukan Ustazah, Tetapi..

.
"Awk ambik kos Pendidikan Islam?"
"Tak."

"Habis tu? Aaaa... Mesti ambik kos Bahasa Arab kan?"
"Tak juga, saya kos sains lah."

"Saya ingatkan ustazah tadi..."

Wanita hiasan dunia. Seindah perhiasan adalah wanita solehah.

Hm... Soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh.. Asal tudung labuh je ingat ustazah. Asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama.

Haishhh.. Saya bukan ustazah, bukan juga anak ustaz. Saya bertudung labuh sebab saya seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh. Tapi tak salahkan saya memakai tudung labuh?

Sebagaimana firmannya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dah tu kenapa bertudung labuh?"

Awak.. Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya.

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu?”

Boleh dikatakan begitu. Cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pergi disco? Ya, kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu. Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak. Yela, takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria. Kan kalau perangai tak jaga nanti orang mengata. Harap je pakai tudung labuh tapi perangai.. Nauzubillah..

Bila jalan-jalan kat mana-mana, jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih. Paling tak pun mereka bagi salam.

“Assalamualaikum ustazah… Tak jawab dose taw?”

Tengok? Yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita. Dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak.. Saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya?”

“Sebab saya tengok awak alim je?”

“Kenapa? Sebab saya pakai tudung labuh?"

Kalau awak betul nak berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya.

Iye.. Walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehlah kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan. InsyaAllah. Sekian.

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah. Nau'zubillah.
.