Monday, June 27, 2011

ULF: Program Motivasi Rentas Kejayaan Cakna Cemerlang Pelajar Tingkatan 4 di SMKA Wataniah

Program Motivasi Rentas Kejayaan Cakna Cemerlang,
Pelajar Tingkatan 4, SMKA Wataniah 2011

Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah SMKA Wataniah (SMKAWA), Besut kerana sudi memberi kepercayaan kepada pihak Unit Latihan & Fasilitator PMIT (ULF-PMIT) buat julung kalinya untuk mengendalikan Program Motivasi Rentas Kejayaan Cakna Cemerlang Pelajar Tingkatan 4 SMKA Wataniah pada 15 dan 16 Jun 2011 yang disertai seramai 132 orang pelajar-pelajar tingkatan 4.

Pelajar-pelajar SMKAWA sangat memberikan kerjasama yang baik kepada pihak kami dan melaksanakan setiap modul dengan bersungguh-sungguh. Ini merupakan program yang boleh dikatakan sangat berjaya dan juga merupakan program julungkalinya buat ULF-PMIT untuk mengendalikan pelajar sekolah menengah. Terima Kasih yang tidak terhingga juga buat Cikgu Kaunseling SMKAWA , Cikgu Wan Mohd Noor, kerana memberi kami peluang untuk belajar disamping berkongsi ilmu dan pengalaman buat anak-anak muda bakal peneraju masa depan negara. Kami kongsikan coretan bergambar sepanjang program berlangsung.







Sumber gambar: http://wanmdnoor.blogspot.com/2011/06/program-motivasi-rentas-kejayaan-cakna.html
.

Sunday, June 12, 2011

ULF: Kem Kepimpinan di SK Bandar Tun Razak

Gambar Kenangan Unit Latihan Fasilitator Bersama Guru Sekolah SK Bandar Tun Razak

Unit Latihan & Fasilitator PMIT telah ditubuhkan secara tidak langsung pada 20 Mac 2011 yang lalu dan masih dalam tempoh percubaan, kerana pihak PMIT telah menerima jemputan untuk mengendalikan Kem Kepimpinan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (SKBTR) pada 25 dan 26 Mac 2011. Penyertaan peserta kem ini adalah seramai lebih 90 pelajar melibatkan :
  • Pengawas Sekolah
  • Pengawas Pusat Sumber
  • Pengawas PPDa
  • Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
  • Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Tahap 2
  • Murid Tahun 6
Pelbagai modul dan pengisian diatur sepanjang perjalanan kem tersebut.








Cenderamata kenang-kenangan buat kami.

Walaupun program telah berjaya dengan jayanya, Terima Kasih kami ucapkan buat warga SKBTR yang sporting dan cool habis, kerana memberi kepercayaan buat kami untuk menimba pengalaman yang banyak dalam waktu yang amat terbatas, Segala kelemahan kami mohon maaf dan Terima Kasih juga atas tunjuk ajar buat kami. Kalau ada umur yang panjang, InsyaAllah kita akan bersua lagi.

*Penyertaan untuk Unit Latihan & Fasilitator akan dibuka secara rasminya pada semester 1 2011/2012.
.

Friday, April 22, 2011

Rentetan Dari Program Kuliah Bulanan PMIT

Kuliah Maghrib Yang Sedang Berlangsung

Pada 29 Mac 2011 yang lepas, akhirnya lengkap juga program kuliah bulanan yang telah berjaya dijalankan bertempat di surau utama TATiUC. Program ini merupakan anjuran Exco Kerohanian Persatuan Mahasiswa Islam TATiUC (PMIT) dengan kerjasama Bahagian Kerohanian Hal Elwal Pelajar & Alumni (HEPA) dan seluruh warga TATiUC telah dijemput bagi mengikuti program ini.

Tujuan utama program ini diadakan untuk berkongsikan ilmu agama yang bermanfaat disamping menyebarkan dakwah Islamiah sekaligus mendekatkan mahasiswa TATiUC untuk sentiasa berkunjung ke surau.

Mengenai Program Kuliah Bulanan

Secara keseluruhan, program ini telah dijalankan sebanyak 4 kali sepanjang semester ini (Semester 2, 2010/2011) iaitu sebanyak satu kali untuk setiap sebulan. Bagi setiap bulan, penceramah yang berbeza telah dijemput untuk program ini iaitu 2 orang dari TATiUC dan 2 orang adalah penceramah luar.

Kuliah ini bermula setelah selesai solat Magrib berjemaah di surau TATiUC dan berakhir dengan solat Isyak berjemaah. Semua mahasiswa TATiUC yang hadir akan mendaftarkan nama mereka dan menyerahkan kad merit mereka bagi tujuan mendapatkan cop merit dan akan mendapatkan kembali selepas tamat program. Hadirin yang hadir kemudiannya dijamu dengan makanan ringan seperti kuih dan minuman selepas tamatnya kuliah tersebut.

Kuliah Pertama (Selasa, 25 Januari 2011)
Nama : Ustaz Ahmad Wafee Bin Sulaiman
Jawatan : Penolong Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Akademik & Alumni (HEPA)
Pendidikan : Lepasan Universiti Al-Azhar


Kuliah Kedua (Selasa, 15 Februari 2011)
Nama : Mohammad Abdul Qahar Bin Abd Aziz
Jemputan : Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)
Pendidikan : Ijazah
Kelayakan Professional : BA Fakulti Pengajian Islam UKM
Pengalaman : Ketua Penolong Pengarah Undang-Undang Keluarga JAIP, Penceramah Radio Pahang
Keanggotaan Dalam Badan Sukarela : Penasihat Surau Kem Padang Perdana
Tajuk Kuliah : Mengenal Allah


Kuliah Ketiga (Selasa, 8 Mac 2011)
Nama : Ustaz Syahrul Alim Bin Baharuddin
Jawatan : Pensyarah dan Penolong Pendaftar Jabatan Sumber Manusia TATIUC
Tajuk : Hikmah Disebalik Musibah


Kuliah Keempat (Selasa, 29 Mac 2011)
Nama : Ustaz Affandi Bin Abd Ghani
Jemputan : Sekolah Kebangsaan Kemasik, Kemaman
Pendidikan : Ijazah
Kelayakan Professional : Ijazah B4 (hons) Universiti Al-Azhar, Guru Sekolah Kebangsaan Kemasik
Pengalaman : 6 tahun mengajar dan berceramah
Tajuk Kuliah : Ilmu dan Peperiksaan


Penutup
Alhamdullilah, program ini telah berjalan dengan lancar. Diharap dengan ini, program-program seperti ini mampu dijalankan lagi dan disokong penuh oleh seluruh warga TATiUC. Semoga Allah SWT memberkati majlis yang telah diadakan ini dan diredhaiNya. Mudah-mudahan.

Pengarah Program : Khairul Asyraf (Exco Kerohanian PMIT)
Laporan Oleh : Ahmad Sufi (Exco Penerbitan, Publisiti & Teknologi Maklumat)
.

Tuesday, February 15, 2011

Jualan T-Shirt PMIT

Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas





.

Thursday, December 30, 2010

Mesyuarat Ahli PMIT Semester 2 - 2010/2011


Pada 29 Disember 2010 yang lalu, satu perjumpaan diantara ahli Persatuan Mahasiswa Islam TATIUC telah berlangsung bermula pada pukul 8.30 malam bertempat di Dewan Kuliah A. Perjumpaan ini adalah bertujuan bagi memperkenalkan barisan-barisan kepimpinan PMIT sendiri dan pembentangan rancangan aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang semester baru ini.

Sebelum majlis dimulakan, kehadiran ahli PMIT telah diambil bagi tujuan mendapatkan cop merit di akhir majlis. Setelah itu, majlis diteruskan dengan kata-kata aluan selamat datang oleh Presiden PMIT iaitu saudara Muhammad Izzuddin B Moktar dan dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Khairul Asyraf Bin Ahmad yang juga merupakan Exco Agama Dan Kerohanian PMIT.

Setelah bacaan doa, majlis diteruskan kembali oleh Presiden PMIT. Beliau telah berpesan kepada semua ahli agar menghormati bulan Muharam dan mengajak agar bersama-sama mencari keredhaan Allah S.W.T dengan amalan seperti solat sunat, berzikir dan melakukan perkara yang berfaedah. Setelah itu, beliau telah membentangkan segala aktiviti dan program PMIT pada semester lepas dan diakhiri dengan pembentangan 'slide show' mengenai sejarah dan objektif penubuhan PMIT serta pengenalan barisan-barisan kepimpinan PMIT.

Majlis kemudian diteruskan oleh saudara Muhammad Azri Bin Omar yang merupakan Timbalan Presiden persatuan ini. Disini beliau telah membentangkan rancangan program-program yang akan datang seperti program ceramah bulanan, kelas tambahan bagi ahli yang lemah dalam pelajaran, pertandingan sukan boling dan futsal, kursus menguruskan jenazah dan membersihkan kawasan perkuburan di Telok Kalong dan Kijal. Di akhir ucapan, beliau juga turut berpesan dan menasihati kepada semua agar sentiasa menjaga ukhuwah dan silaturrahim, peka dengan isu semasa, berfikir dengan lebih matang, tidak mudah terpengaruh, bijak menilai dan sentiasa jujur dalam membuat sebarang pekerjaan.

Selesai sahaja pembentangan oleh Timbalan Presiden, akhirnya sesi soal jawab dan cadangan dari ahli PMIT dibuka. Perlbagai cadangan dan idea bernas telah diberikan dan dicatatkan. Setelah sesi soal jawab dan cadangan ditutup, majlis diteruskan dengan sesi pengenalan diri oleh setiap ahli exco PMIT.

Majlis tamat pada jam 11.30 malam dan ditangguh dengan bacaan doa tasbih kkifaroh dan pengambilan kad merit yang telah dicop.

SUASANA SEKITAR MESYUARAT