Saturday, October 8, 2011

Ucapan Presiden PMIT 2011 / 2012

Presiden PMIT: Muhammad Azri Bin Omar

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam dakwah & salam perjuangan ..

Alhamdulillah, syukur & sujud kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah & kurniaNya kita masih lagi di beri kesempatan untuk bertemu bagi sidang 2011/2012 di bumi TATI University College (TATIUC) insyaallah...

Pertama dan selama-lamanya, marilah kita bersama-sama kita rafa'kan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, Persatuan Mahasiswa Islam TATIUC (PMIT) masih lagi mampu berdiri utuh bagi meneruskan perjuangan dakwah di bumi TATIUC ini.

Buat sahabat, teman seperjuangan, ingatlah perjuangan kita masih belum selesai, sebagaimana yang telah termaktub didalam al-Quran;

“Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru kepada kebaikan,menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah mungkar;merekalah golongan yang beruntung” (Surah Ali-imran:104)

Semoga kita mengharapkan agar menjadi golongan yang beruntung seperti dalam firman Allah s.w.t di atas. Dalam kesibukan kita meneruskan tugas dan tanggungjawab terhadap diri & masa depan. Janganlah kita semua leka dengan apa berlaku di persekitaran kita. perlulah kita peka dan terus berani bangun untuk memperjuangkan hak kita tanpa perlu takut dengan momokan pihak yang takut dengan bayang-bayang sendiri.

“Beri aku seribu orang, dan dengan mereka aku akan menggerakkan Gunung Semeru! Beri aku sepuluh pemuda yang membara cintanya kepada Tanah Air, dan aku akan mengguncang dunia!” 
– Presiden Sukarno

Begitulah kata-kata hikmat yang menjadi keyakinan diatas semangat kepemudaan. Bukan kuantiti yang kita mahukan, namun kualiti itu yang kita perlu titik beratkan. Senario Mahasiswa yang kita lihat hari ini, begitu ramai mahasiswa yang berpendidikan, tetapi malangnya mereka itu tidak terdidik. Apa yang kita lihat, kehancuran demi kehancuran anak muda yang semakin menular, kebinasaan intelektual yang menyedihkan, tidak wujud lagi idealisme yang mampu membuatkan mahasiswa itu berdiri sendiri , namun mahasiswa hari ini ramai yang dilatih untuk menjadi hamba, untuk menjadi pak turut, dan dirosakkan dengan wang dan juga hiburan yang keterlaluan. Pelbagai birokrasi diwujudkan dan di label dengan nama baru "Prosedur" dan ini lah cabaran yang harus kita sama-sama harungi.

Ingatlah....untuk melahirkan Mahasiswa Islam yang hebat, kesatuan Mahasiswa itu sendiri perlu diwujudkan, organisasi mahasiswa itu sendiri perlu diperkasakan.Jadilah seorang mahasiswa yang mampu menilai dengan baik, yang mampu membuat keputusan tanpa mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, dekatkan diri dengan Al-Quran & Hadith, lengkapkan diri dengan ilmu dan iman, kerana dengan ilmu dan iman inilah yang akan menyuluh gerakan anak muda masa kini. Bersama-sama mengangkat nama TATIUC selaras dengan visi "Mendapat pengiktirafan kelas dunia sebagai pusat pengajian berkemahiran tinggi" dalam menghasilkan teknokrat yang berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan terkini dan berketrampilan di industri. TATIUC bakal melahirkan seorang teknokrat bukan saja mahir namun bersahsiah tinggi yang mampu memperjuangkan islam di mana mereka berada. Bangkit dan jangan terus lena, hidupkan gerakan dakwah dalam diri masing-masing dan seterusnya masyarakat yang memerlukan pertolongan kita, jadilah agen-agen yang mampu menghidupkan spirit dakwah di bumi TATIUC ini.

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ini, ingin saya mengulang kembali pidato yang pernah dinyatakan oleh Khalifah Pertama yakni Saidina Abu Bakar sewaktu beliau dilantik untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan Rasulullah. Suka untuk saya membawa sahabat-sahabat untuk mengimbau dan bersama menghayatinya.

“Wahai manusia!, sesungguhnya aku telah diangkat menjadi pemimpin kalian, namun bukan bererti aku yang terbaik di antara kalian, bila aku berbuat kebaikan maka bantulah aku, namun bila aku berbuat keburukan maka luruskanlah aku. Kejujuran adalah amanah dan dusta merupakan pengkhianatan. Yang lemah di antara kalian menjadi yang kuat disisiku, sehingga hak-haknya akan aku serahkan kepadanya InsyaAllah, dan yang kuat diantara kalian menjadi lemah disisiku, sehingga aku mudah mengambil hak orang lain yang ada padanya InsyaAllah. Tidaklah satu kaum meninggalkan jihad di jalan Allah melainkan Allah menimpakan mereka kehinaan, dan tidaklah kekejian merebak di tengah masyarakat melainkan Allah akan menebarkan bala bencana kepada mereka. Taatilah aku sepanjang aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, namun apabila aku bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya maka kalian tidak perlu mentaatiku. Bangunlah kalian untuk solat kalian, Allah akan merahmati kalian”.

Sekian, terima kasih.
.

Sunday, September 25, 2011

Pamplet PMIT 2010/2011

Pamplet yang disertakan pada malam Mesyuarat Agung Tahunan lepas telah dimuat naik atas permintaan ahli PMIT. Sila klik pada gambar untuk membesarkan saiz.

Halaman 1

Halaman 2
.

Wednesday, September 21, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan PMIT 2011/12

Barisan Pimpinan PMIT 2011/2012

18 September 2011 (Ahad), satu perjumpaan majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) telah berlangsung di Thetreate B pada jam 9 malam. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan Asma Ul-Husna oleh saudara Muhammad Syahiran Adenan dan dirasmikan oleh kedua-dua penasihat kelab PMI TATIUC iaitu Encik Che Wan Bin Che Omar dan Puan Norhayati Binti Muhammad.

Dalam ucapan mereka, mereka mengharapkan mahasiswa-mahasiswa TATIUC dapat memajukan TATIUC ini dengan nilai -nilai yang lebih baik disebalik usaha meningkatkan sahsiah diri. Beliau juga meluahkan betapa beliau berharap mahasiswa TATIUC menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.

Setelah menamatkan ucapan, majlis diteruskan oleh ucapan Presiden kelab PMIT dan sesi memperkenalkan ahli-ahli jawatan kuasa PMIT sesi 2009/2010 lepas dan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan pada PMIT sepanjang tahun lepas.

Setelah selesai, Presiden PMIT sesi 2010/11 iaitu saudara Muhammad Izzuddin Bin Mokhtar telah secara rasminya meletakkan jawatannya dan menyerahkan kepada Presiden yang baru iaitu saudara Muhammad Azri Bin Omar. Untuk pengetahuan semua, jawatan majlis tertinggi ini iaitu jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan Bendahari ini telah ditetapkan terdahulu melalui mesyuarat antara ahli Majlis Tertinggi sahaja. Setelah itu, majlis diteruskan dengan pemilihan ahli jawatankuasa baru iaitu biro kebajikan, biro akademik, biro publisiti, biro sukan, biro ekonomi dan juga biro tugas khas.

Cara pelantikan jawatan ini dibuat dengan cara memilih 2 orang ahli iaitu seorang dari kalangan siswa dan seorang dari kalangan siswi. Ini adalah bagi memudahkan mana-mana ahli yang mempunyai masalah untuk merujuk kepada biro tertentu.

Akhirnya 12 orang ahli jawatan kuasa baru berjaya dipilih melalui undian oleh ahli-ahli lain yang hadir pada malam itu. Dengan pelantikan ini, diharap kesemua ahli PMIT dapat bekerjasama dalam menjayakan mengikuti setiap program kelab ini. Dengan ini, diharapkan PMI TATiUC boleh terus melahirkan mahasiswa yang hebat, intelektual dan bersahsiah suatu hari kelak.

Berikut adalah nama-nama Ahli Mesyuarat Tinggi berserta ahli jawatankuasa yang terbaru bagi Sesi 2011/2012.

Presiden: Muhammad Azri Bin Omar (BCNS)
Timbalan Presiden: Muhammad Syahiran Adenan (DMTD)
Setiausaha: Nur Hazwani binti Zakaria (BCET)
Bendahari: Zawani Binti Abd Raub (BMET)

Biro Dakwah & Kerohanian :
1) Mohd Mustaqqim Bin Ramli (BMET)
2) Noratiyah Atirah Binti Norudin (BCET)

Biro Akademik :
1) Mohd Hasyimie Bin Merzuki (BMET)
2) Nurul Najiehah Binti Wahab (BCET)

Biro Sukan & Rekreasi :
1) Mohammad Asyraf Bin Ridzuan (BCNS)
2) Nur Maisarah Binti Muhammad Nor (DCNT)

Biro Penerbitan, Publisiti & Teknologi Maklumat :
1) Ahmad Sufi Bin Ahmad Asri (BCNS)
2) Siti Nurzulhijjah Binti Mohd Fatiah (GMK)

Biro Kebajikan :
1) Saiful Mujahid Bin Suhaimi (DMTM)
2) Siti Syazwani Binti Jusoh(BCNS)

Biro Ekonomi & Pemasaran :
1) Wan Aqim Syahmi Bin Wan Bahruddin (DNDT)
2) Nur Asyiqin Binti Azlan (DTME)

Biro Tugas Khas & Logistik :
1) Muhammad Zikri Hakim Bin Sallehuddin (DMET)
2) Nurul Fatihah Binti Ali (DTMA)
.

Friday, August 12, 2011

Borneo Tour PMIT 1 / 2011 ke Kuching, Sarawak

Logo Rasmi Program

Pada 22-24 Jun 2011 yang lalu, PMIT buat julung kalinya berjaya melaksanakan program Borneo Tour PMIT 1 - 2011 di Kuching, Sarawak. Program Borneo Tour pada kali ini memilih Kuching sebagai destinasi untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli PMIT mengenai masyarakat luar di samping membuat lawatan ilmiah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Seramai 19 Ahli PMIT yang menyertai program ini.

Sarawak kaya dengan pelbagai bangsa dan keturunan dan paling uniknya ialah masyarakat peribumi yang mendiami rumah panjang. Selain itu juga ia terkenal dengan Kek Lapis yang cukup lazat. Jom kami kongsikan berita bergambar apa yang berlaku sepanjang program Borneo Tour PMIT 1 / 2011, Kuching pada kali ini. Terima kasih juga buat penasihat PMIT kerana memberi sokongan yang penuh bagi kami Ahli Jawatankuasa PMIT melaksanakan program yang penuh gemilang ini .

Muhammad Azri Bin Omar
Pengarah Program
Borneo Tour PMIT 1/2011

Penasihat 1: En. Che Mohamad Bin Che Omar

Penasihat 2: Puan Norhayati Muhamad




















.

Selamat Datang Mahasiswa Baru TATIUC 2011/2012

Selamat datang diucapkan buat kalian. Semoga TATIUC ini menjadi tempat persinggahan yang memberikan peluang dan jalan untuk terus membuatkan kita mendaki ke puncak kejayaan duniawi dan ukhrawi.


IKHLAS DARI : PERSATUAN MAHASISWA ISLAM TATIUC (PMIT)
.

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1432 / 2011


RAMADHAN 1432H

Kita panjatkan syukur kepada Allah SWT dan juga selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad SAW juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya sehingga hari kiamat.

Kedatangan bulan Ramadhan ditunggu-tunggu oleh umat Islam di muka bumi Allah dengan menjadikan bulan Ramadhan sebagai Madrasah Tarbiyah (pendidikan) seterusnya mendapat redha daripada Allah SWT.

Bagaimanakah persiapan Ramadhan kita pada kali ini?? Bagaimanakah Ramadhan kali ini, semakin baik atau semakin jauh daripada Allah?? Adakah sempat menghabiskan Ramadhan tahun ini??

Bulan Ramadhan di Tahun 1432 H atau tahun 2011 Masihi telah tiba, kini tiba saatnya bagi seluruh umat Islam melakukan ibadah wajib iaitu menunaikan ibadah puasa selama lebih kurang 30 hari dan dengan rasa syukurnya kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu bulan barakah ini. Semoga Ramadhan kali ini terus mendapat kenikmatan dan penghayatan dalam beribadah kepada-NYA.

Allah SWT telah mengistimewakan bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga terbentang luas kerana manusia berduyun-duyun melaksanakan ketaatan, ibadah dan taubat. Suasana kondusif untuk syaitan dibelenggu kerana manusia beralih kepada perkara makruf. Siang dan malam Ramadhan merupakan masa kemulian yang diberikan oleh Al-Haq agar orang-orang yang beriman menambah keimanan kepada Allah SWT dan orang yang jauh daripada Allah mencari peluang yang terbentang luas sehingga Allah SWT mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan dengan Allah SWT.

Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah Allah SWT telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Quran. Mungkin ada diantara kita menjadikan Al-Quran sebagai koleksi atau perhiasan, padahal kita sepatutnya menghayati dan mengingati tujuan sebenar penurunan Al-Quran serta WAJIB mengamalkan seluruh isi kandungannya.

Firman Allah :

“Dalam bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggatikannya pada hari-hari lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hedaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur.”

(Al-Baqarah :185)


Sambutan Aidilfitri lebih meriah berbanding sambutan Ramadhan Al-Mubarak dalam konteks suasana hari jika dibandingkan dengan negara-negara di Timur Tengah. Semoga kita semua dapat sama-sama melakukan anjakan paradigma pada bulan Ramadhan sehingga akhir hayat, lalu bertambah umat Muhammad SAW yang beriman di medan dunia sementara ini.

Akhir kalam, saya selaku Presiden PMIT yang mewakili saf kepimpinan PMIT mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam serta warga TATIUC khususnya. Semoga sama-sama kita dapat tunaikan solat sunat terawih, qiamulail dan ibadah lain seterusnya tercapai TAQWA yang menjadi teras dalam diri manusia mukmin.

"Puasa itu perisai, apabila ada salah seorang kamu di suatu hari sedang berpuasa, maka janganlah berkata-kata keji (kotor), jangan berlaku jahil dan jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa".

(Riwayat Ahmad)

Wallua’lam

Muhammad Izzuddin Moktar
Presiden
Persatuan Mahasiswa Islam TATIUC

.

Friday, July 29, 2011

Jadual Imsak Dan Berbuka Puasa 1432H / 2011

Klik pada gambar untuk saiz besar
.