Thursday, March 1, 2012

Rentetan Dari Program Kuliah Santai: Hijrah Syahadah

Penasihat PMIT (En.Che Mohamad) menyampaikan cenderamata kepada Penceramah

Alhamdullilah. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaan dan rahmat-Nya, kuliah agama yang pertama anjuran Exco Dakwah & Kerohanian PMIT bagi sesi ini telah berjaya dilangsungkan bertempat di Surau Utama TATIUC.

Tujuan utama program ini diadakan bagi berkongsikan ilmu agama yang bermanfaat disamping menyebarkan dakwah Islamiah sekaligus mendekatkan mahasiswa TATIUC untuk sentiasa berkunjung ke surau.

Bagi kuliah pertama yang bertarikh 29 Februari 2012 ini, PMIT telah menjemput penceramah yang tak kurang terkenalnya iaitu Ustaz Muhammad Rashidi untuk memberi ceramah yang bertajuk "Hijrah Syahadah". Beliau juga merupakan pengarang kepada dua buah buku yang bertajuk "Travelog Syahadah" dan "Travelog Hidayah" yang menceritakan pengalaman beliau sewaktu baru memeluk Islam dan mendapat hidayah Allah swt.

Perjalanan kuliah ini bermula setelah selesai solat Magrib berjemaah di surau TATIUC dan berakhir dengan solat Isyak berjemaah.Selepas itu, mahasiswa TATIUC yang hadir telah berpeluang untuk membeli barangan "ILuvIslam" yang dijual oleh PMIT dan juga buku "Travelog Syahadah" yang dijual oleh pembantu Ustaz Rasyidi.
Alhamdullilah. Berdasarkan kehadiran yang di ambil, jumlah yang hadir melebihi 200 orang mahasiswa TATIUC. Program kuliah kali ini juga dihadiri oelh Penasihat 1 PMIT, En. Che Mohamad Bin Che Omar. Semoga Allah swt sentiasa merahmati kita semua dan membuka hati serta memberikan Hidayah, nikmat yang paling berharga kepada seluruh ummat Islam terutamanya warga TATIUC. Semoga kedatangan peserta ke kuliah ini akan meningkat dan terus meningkat. Insya-Allah.

Gambar Kenangan







Ustaz Rashidi Sedang Menyampaikan Ceramah Beliau

Peminat Ustaz Rashidi Yang Membawa Buku "Travelog Syahadah" Untuk Ditandatangani

Gambar Kenangan: AJK PMIT Bersama Ustaz
.

Sunday, February 26, 2012

Kuliah: Hijrah Syahadah


Ustaz Rashidi Abdullah merupakan mualaf yang sebelum ini adalah beragama Kristian. Beliau berasal dari Sarawak dan sedang menetap di Terengganu sekarang. Jom sama-sama kita mendengar kuliah / perkongsian yang ingin disampaikan oleh beliau... Ajak Kawan-kawan sekali deh....
.

Friday, February 10, 2012

ULF: "Smart Leadership Camp" di Pupuk Semangat (ITC-TATIUC)


Pada 9 Februari 2012 yang lalu, Unit Latihan & Fasilitator PMIT (ULF - PMIT) telah menerima jemputan untuk mengendalikan program "Smart Leadership Camp" di Pupuk Semangat (ITC-TATIUC) anjuran oleh Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas (SKRP). Untuk itu, seramai 5 orang fasilitator telah dihantar bagi menjayakan program tersebut.

Jemputan ini telah membuktikan bahawa ULF-PMIT semakin mendapat nama dikalangan sekolah dan sering dijemput apabila terdapat program yang dijalankan. Walaupun kekangan sebagai mahasiswa yang sering sibuk dengan kelas dan pelajaran, tetapi ianya bukanlah satu halangan bagi membuktikan bahawa mahasiswa TATIUC terutamanya dari kalangan ahli Persatuan Mahasiswa Islam TATIUC (PMIT) mampu dalam menguruskan dan mengendalikan banyak perkara.

Walaupun hanya satu modul yang dijaga oleh fasilitator, namun ianya pasti tetap menjadi kenangan manis dan pengalaman yang menyeronokkan bagi para pelajar SKRP dan fasilitator sendiri.

Berikut adalah beberapa gambar pengisian yang telah dilakukan oleh fasilitator ULF-PMIT.














.

Tuesday, January 24, 2012

Thursday, December 22, 2011

Kembara Ilmu PMIT - BORNEO 2012

Logo Rasmi Program

.

Thursday, December 15, 2011

ULF: Program Pembangunan Pelajar Mara Zon Pantai Timur di Pupuk Semangat

ULF: Program Pembangunan Pelajar Mara Zon Pantai Timur

Program Pembangunan Pelajar Mara Zon Pantai Timur yang merupakan program anjuran Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA. Pada 10 sehingga 12 Disember 2011 yang lalu, program ini telah dilangsungkan bertempat di ITC-TATIUC selama 3 hari dengan disertai oleh hampir 300 orang pelajar dari 6 IPT sekitar Terengganu yang terdiri dari :
  • TATI University College (TATIUC)
  • Kolej Teknologi Bistari (KTB)
  • Kolej Islam Sains & Teknologi KIST)
  • IKIP International College (IKIP)
  • Kolej Universiti SHAHPUTRA
  • Kolej Poly-Tech Mara -Kota Baru (KPTM-KB)
Untuk program tersebut, khidmat ULF-PMIT telah diperlukan sebagai pembantu fasilitator dari Majlis Amanah Rakyat untuk mejayakan program ini dan seramai 5 orang dari ULF-PMIT  telah dijemput sebagai pembantu fasilitator bagi melancarkan program anjuran Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA iaitu, Muhammad Azri Bin Omar, Muhammad Izzuddin Bin Moktar, Safwan Azizi Bin Marzuki, Noratiyah Atirah Binti Norudin dan Nur Hazwani Binti Zakaria, Manakala para fasilitator program merupakan pegawai-pegawai MARA sendiri.

Berikut adalah gambar-gambar pengisian yang telah dilakukan oleh fasilitator MARA & ULF-PMIT.

























.

Friday, November 4, 2011