Tuesday, August 14, 2012

Salam Aidilfitri 2012 Kepada Muslimin Dan Muslimat

.

Sunday, August 12, 2012

Cerpen: Saya Bukan Ustazah, Tetapi..

.
"Awk ambik kos Pendidikan Islam?"
"Tak."

"Habis tu? Aaaa... Mesti ambik kos Bahasa Arab kan?"
"Tak juga, saya kos sains lah."

"Saya ingatkan ustazah tadi..."

Wanita hiasan dunia. Seindah perhiasan adalah wanita solehah.

Hm... Soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh.. Asal tudung labuh je ingat ustazah. Asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama.

Haishhh.. Saya bukan ustazah, bukan juga anak ustaz. Saya bertudung labuh sebab saya seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh. Tapi tak salahkan saya memakai tudung labuh?

Sebagaimana firmannya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dah tu kenapa bertudung labuh?"

Awak.. Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya.

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu?”

Boleh dikatakan begitu. Cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pergi disco? Ya, kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu. Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak. Yela, takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria. Kan kalau perangai tak jaga nanti orang mengata. Harap je pakai tudung labuh tapi perangai.. Nauzubillah..

Bila jalan-jalan kat mana-mana, jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih. Paling tak pun mereka bagi salam.

“Assalamualaikum ustazah… Tak jawab dose taw?”

Tengok? Yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita. Dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak.. Saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya?”

“Sebab saya tengok awak alim je?”

“Kenapa? Sebab saya pakai tudung labuh?"

Kalau awak betul nak berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya.

Iye.. Walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehlah kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan. InsyaAllah. Sekian.

*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah. Nau'zubillah.
.

Majlis Khatam Quran Peringkat TATIUC

.

Monday, August 6, 2012

Kuliah Nuzul Al-Quran

.

Monday, July 30, 2012

Jamuan Berbuka Puasa (Harian)

.

Tuesday, July 24, 2012

Program Sepanjang Bulan Ramadhan

‎[ MAKLUMAN ]

1) Iftar Ramadhan (jamuan berbuka puasa) diadakan setiap hari Ahad hingga Rabu di Surau Utama TATIUC

2) Solat sunat TARAWIH diadakan serentak di 3 surau iaitu:-
  • Surau Utama TATIUC
  • Surau Asrama Kedua (Blok Baru)
  • Surau ITC (Pupuk Semangat)
3) TADARUS Al-Quran diadakan selepas menunaikan solat sunat TARAWIH & WITIR

4) Kuliah Tujuh Minit (KULTUM), diadakan pada setiap selepas solat subuh di Surau Utama TATIUC

Dijemput semua mahasiswa dan mahasiswi untuk HADIR bersama-sama tingkatkan segala amalan semaksima mungkin supaya kita peroleh kejayaan yang telah dijanjikan Tuhan.

"Moga-moga kamu menjadi orang-orang yang berTAQWA".

Program anjuran Persatuan Mahasiswa Islam TATIUC (PMIT) bersama Persatuan Surau TATIUC (PST) dan Majlis Perwakilan Pelajar TATIUC (MPPT).
.

Thursday, July 19, 2012

Ahlan Ya Ramadhan....


Sempena menyambut Ramadhan ini, pihak Pmi Tatiuc ingin mengambil kesempatan yang ada untuk Mengucapkan Selamat Berpuasa.

Tungganglah Motorsikal dengan Cermat, Pandulah Kereta Dengan Berhati-hati...
Yang Naik Bas tu pesan kat drebar mintak jangan laju-laju....

Semoga kita semua diberkati dan tanamkan azam untuk memanfaatkan peluang Ramadhan kali ini sebaiknya seolah-olah ianya Ramadhan terakhir kita.... Insyaallah...

Bagi yang mencari-cari jadual berbuka puasa, Pmi Tatiuc menyediakan jadual yang sudah sedia untuk dimuat-turun. (*Note: Right-Click pada gambar dan pilih "open in new tab" untuk paparan yang lebih besar.)

Jadual Berbuka dan Imsak Bagi Kawasan Kemaman - Dungun (1433 / 2012)
.