Tuesday, August 31, 2010

Ucapan Ulung Presiden Sesi 2010/2011

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur dan sujud kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat lagi kita bertemu bagi sidang 2010/2011 di bumi barakah,bumi TATiUC insyaAllah.

Pertama-tama dan selama-lamanya,marilah bersama-sama kita rafa’kan kesyukuran ke hadrat Ilalhi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, Persatuan Mahasiswa Islam (PMITATiUC) masih lagi tertegak dengan tegar lagi utuh di bumi TATiUC ini. Seperti mana yang kita semua ketahui,tertegaknya Islam di bumi ini adalah hasil dari nikmat kurniaan Allah s.w.t dan merupakan satu kesyukuran bagi kita sebagai seorang umat Islam kerana dapat merasai nikmat Iman dan Islam di bumi yang makmur lagi sejahtera.

Tanpa kepimpinan, organisasi pincang, tanpa organisasi, ummah kecundang. Ini bererti perlunya kewujudan pimpinan dalam sesebuah organisasi yang akan menerajui dan mengepalai dan mencorakkan perjalanan organisasi tersebut.Sekalung ucapan tahniah dan takziah diucapkan buat pimpinan baru PMITATiUC sidang 2010/2011. Semoga kalian dapat menjalankan tanggungjawab dengan seikhlas mungkin seterusnya memacu PMI ke arah melahirkan siswa lestari berteraskan prinsip Islam selaras dengan wadah PMITATiUC sebagai membentuk siswa yang cemerlang bukan saja dari sudut akademik malah dari sudut rohani dan juga jasmani.

PMIT selaku salah sebuah persatuan yang mendokong aspirasi kolej universiti melihat perlunya usaha ke arah merealisasikan objektif tersebut dipacu bersama melalui prinsip Islam sebagai asas melahirkan siswa dan juga kolej universiti yang selari statusnya sebagai IPT teknikal. Ini dapat dicapai sekiranya semua pihak memandang berat status yang dipegang oleh TATiUC selain bersama-sama menjana idea serta membantu dalam meningkatkan kualiti pelbagai sektor di dalam kolej universiti. Integrasi antara pelbagai pihak turut memainkan peranan yang penting selain komitmen dari komuniti TATiUC itu sendiri dalam mencapai segala matlamat yang telah ditetapkan oleh kolej universiti.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan sama-sama kita doakan agar memperolehi keberkatan dibulan Ramadhan pada kali ini.

Akhir kata,saya selaku presiden, juga mewakili warga Jawatnkuasa PMITATiUC mengucapkan selamat berjaya dan semoga bersama-sama mencapai cita-cita dan impian masing-masing diiringi oleh redha Illahi. Mudah-mudahan kalian semua sentiasa dilindungi dan sentiasa berada dalam rahmatNya,insyaAllah. Sekian

“MAHASISWA RABBANI PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI”

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOKTAR,
Presiden,
PMITATiUC Sesi 2010/2011
.

No comments: