Wednesday, September 21, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan PMIT 2011/12

Barisan Pimpinan PMIT 2011/2012

18 September 2011 (Ahad), satu perjumpaan majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) telah berlangsung di Thetreate B pada jam 9 malam. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan Asma Ul-Husna oleh saudara Muhammad Syahiran Adenan dan dirasmikan oleh kedua-dua penasihat kelab PMI TATIUC iaitu Encik Che Wan Bin Che Omar dan Puan Norhayati Binti Muhammad.

Dalam ucapan mereka, mereka mengharapkan mahasiswa-mahasiswa TATIUC dapat memajukan TATIUC ini dengan nilai -nilai yang lebih baik disebalik usaha meningkatkan sahsiah diri. Beliau juga meluahkan betapa beliau berharap mahasiswa TATIUC menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.

Setelah menamatkan ucapan, majlis diteruskan oleh ucapan Presiden kelab PMIT dan sesi memperkenalkan ahli-ahli jawatan kuasa PMIT sesi 2009/2010 lepas dan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan pada PMIT sepanjang tahun lepas.

Setelah selesai, Presiden PMIT sesi 2010/11 iaitu saudara Muhammad Izzuddin Bin Mokhtar telah secara rasminya meletakkan jawatannya dan menyerahkan kepada Presiden yang baru iaitu saudara Muhammad Azri Bin Omar. Untuk pengetahuan semua, jawatan majlis tertinggi ini iaitu jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan Bendahari ini telah ditetapkan terdahulu melalui mesyuarat antara ahli Majlis Tertinggi sahaja. Setelah itu, majlis diteruskan dengan pemilihan ahli jawatankuasa baru iaitu biro kebajikan, biro akademik, biro publisiti, biro sukan, biro ekonomi dan juga biro tugas khas.

Cara pelantikan jawatan ini dibuat dengan cara memilih 2 orang ahli iaitu seorang dari kalangan siswa dan seorang dari kalangan siswi. Ini adalah bagi memudahkan mana-mana ahli yang mempunyai masalah untuk merujuk kepada biro tertentu.

Akhirnya 12 orang ahli jawatan kuasa baru berjaya dipilih melalui undian oleh ahli-ahli lain yang hadir pada malam itu. Dengan pelantikan ini, diharap kesemua ahli PMIT dapat bekerjasama dalam menjayakan mengikuti setiap program kelab ini. Dengan ini, diharapkan PMI TATiUC boleh terus melahirkan mahasiswa yang hebat, intelektual dan bersahsiah suatu hari kelak.

Berikut adalah nama-nama Ahli Mesyuarat Tinggi berserta ahli jawatankuasa yang terbaru bagi Sesi 2011/2012.

Presiden: Muhammad Azri Bin Omar (BCNS)
Timbalan Presiden: Muhammad Syahiran Adenan (DMTD)
Setiausaha: Nur Hazwani binti Zakaria (BCET)
Bendahari: Zawani Binti Abd Raub (BMET)

Biro Dakwah & Kerohanian :
1) Mohd Mustaqqim Bin Ramli (BMET)
2) Noratiyah Atirah Binti Norudin (BCET)

Biro Akademik :
1) Mohd Hasyimie Bin Merzuki (BMET)
2) Nurul Najiehah Binti Wahab (BCET)

Biro Sukan & Rekreasi :
1) Mohammad Asyraf Bin Ridzuan (BCNS)
2) Nur Maisarah Binti Muhammad Nor (DCNT)

Biro Penerbitan, Publisiti & Teknologi Maklumat :
1) Ahmad Sufi Bin Ahmad Asri (BCNS)
2) Siti Nurzulhijjah Binti Mohd Fatiah (GMK)

Biro Kebajikan :
1) Saiful Mujahid Bin Suhaimi (DMTM)
2) Siti Syazwani Binti Jusoh(BCNS)

Biro Ekonomi & Pemasaran :
1) Wan Aqim Syahmi Bin Wan Bahruddin (DNDT)
2) Nur Asyiqin Binti Azlan (DTME)

Biro Tugas Khas & Logistik :
1) Muhammad Zikri Hakim Bin Sallehuddin (DMET)
2) Nurul Fatihah Binti Ali (DTMA)
.

Friday, August 12, 2011

Borneo Tour PMIT 1 / 2011 ke Kuching, Sarawak

Logo Rasmi Program

Pada 22-24 Jun 2011 yang lalu, PMIT buat julung kalinya berjaya melaksanakan program Borneo Tour PMIT 1 - 2011 di Kuching, Sarawak. Program Borneo Tour pada kali ini memilih Kuching sebagai destinasi untuk memberi pendedahan kepada ahli-ahli PMIT mengenai masyarakat luar di samping membuat lawatan ilmiah di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Seramai 19 Ahli PMIT yang menyertai program ini.

Sarawak kaya dengan pelbagai bangsa dan keturunan dan paling uniknya ialah masyarakat peribumi yang mendiami rumah panjang. Selain itu juga ia terkenal dengan Kek Lapis yang cukup lazat. Jom kami kongsikan berita bergambar apa yang berlaku sepanjang program Borneo Tour PMIT 1 / 2011, Kuching pada kali ini. Terima kasih juga buat penasihat PMIT kerana memberi sokongan yang penuh bagi kami Ahli Jawatankuasa PMIT melaksanakan program yang penuh gemilang ini .

Muhammad Azri Bin Omar
Pengarah Program
Borneo Tour PMIT 1/2011

Penasihat 1: En. Che Mohamad Bin Che Omar

Penasihat 2: Puan Norhayati Muhamad




















.

Selamat Datang Mahasiswa Baru TATIUC 2011/2012

Selamat datang diucapkan buat kalian. Semoga TATIUC ini menjadi tempat persinggahan yang memberikan peluang dan jalan untuk terus membuatkan kita mendaki ke puncak kejayaan duniawi dan ukhrawi.


IKHLAS DARI : PERSATUAN MAHASISWA ISLAM TATIUC (PMIT)
.

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1432 / 2011


RAMADHAN 1432H

Kita panjatkan syukur kepada Allah SWT dan juga selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad SAW juga untuk segenap keluarga dan sahabatnya serta siapa saja yang menyerukan dakwahnya sehingga hari kiamat.

Kedatangan bulan Ramadhan ditunggu-tunggu oleh umat Islam di muka bumi Allah dengan menjadikan bulan Ramadhan sebagai Madrasah Tarbiyah (pendidikan) seterusnya mendapat redha daripada Allah SWT.

Bagaimanakah persiapan Ramadhan kita pada kali ini?? Bagaimanakah Ramadhan kali ini, semakin baik atau semakin jauh daripada Allah?? Adakah sempat menghabiskan Ramadhan tahun ini??

Bulan Ramadhan di Tahun 1432 H atau tahun 2011 Masihi telah tiba, kini tiba saatnya bagi seluruh umat Islam melakukan ibadah wajib iaitu menunaikan ibadah puasa selama lebih kurang 30 hari dan dengan rasa syukurnya kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk bertemu bulan barakah ini. Semoga Ramadhan kali ini terus mendapat kenikmatan dan penghayatan dalam beribadah kepada-NYA.

Allah SWT telah mengistimewakan bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga terbentang luas kerana manusia berduyun-duyun melaksanakan ketaatan, ibadah dan taubat. Suasana kondusif untuk syaitan dibelenggu kerana manusia beralih kepada perkara makruf. Siang dan malam Ramadhan merupakan masa kemulian yang diberikan oleh Al-Haq agar orang-orang yang beriman menambah keimanan kepada Allah SWT dan orang yang jauh daripada Allah mencari peluang yang terbentang luas sehingga Allah SWT mengampuni mereka dan menjadikan mereka hamba-hamba yang dicintai dan didekatkan dengan Allah SWT.

Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah Allah SWT telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Quran. Mungkin ada diantara kita menjadikan Al-Quran sebagai koleksi atau perhiasan, padahal kita sepatutnya menghayati dan mengingati tujuan sebenar penurunan Al-Quran serta WAJIB mengamalkan seluruh isi kandungannya.

Firman Allah :

“Dalam bulan Ramadhan diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan keterangan yang menjelaskan petunjuk serta perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Sesiapa antara kamu menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. Sesiapa yang sakit atau musafir (diharuskan berbuka) hendaklah menggatikannya pada hari-hari lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kamu menanggung kesusahan. Hendaklah kamu cukupkan bilangan puasa dan hedaklah kamu mengagungkan Allah kerana memberi petunjuk kepada kamu, semoga kamu bersyukur.”

(Al-Baqarah :185)


Sambutan Aidilfitri lebih meriah berbanding sambutan Ramadhan Al-Mubarak dalam konteks suasana hari jika dibandingkan dengan negara-negara di Timur Tengah. Semoga kita semua dapat sama-sama melakukan anjakan paradigma pada bulan Ramadhan sehingga akhir hayat, lalu bertambah umat Muhammad SAW yang beriman di medan dunia sementara ini.

Akhir kalam, saya selaku Presiden PMIT yang mewakili saf kepimpinan PMIT mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam serta warga TATIUC khususnya. Semoga sama-sama kita dapat tunaikan solat sunat terawih, qiamulail dan ibadah lain seterusnya tercapai TAQWA yang menjadi teras dalam diri manusia mukmin.

"Puasa itu perisai, apabila ada salah seorang kamu di suatu hari sedang berpuasa, maka janganlah berkata-kata keji (kotor), jangan berlaku jahil dan jika ada seseorang memakinya atau mahu membunuhnya maka katakanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa".

(Riwayat Ahmad)

Wallua’lam

Muhammad Izzuddin Moktar
Presiden
Persatuan Mahasiswa Islam TATIUC

.

Friday, July 29, 2011

Jadual Imsak Dan Berbuka Puasa 1432H / 2011

Klik pada gambar untuk saiz besar
.

Monday, June 27, 2011

ULF: Program Motivasi Rentas Kejayaan Cakna Cemerlang Pelajar Tingkatan 4 di SMKA Wataniah

Program Motivasi Rentas Kejayaan Cakna Cemerlang,
Pelajar Tingkatan 4, SMKA Wataniah 2011

Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah SMKA Wataniah (SMKAWA), Besut kerana sudi memberi kepercayaan kepada pihak Unit Latihan & Fasilitator PMIT (ULF-PMIT) buat julung kalinya untuk mengendalikan Program Motivasi Rentas Kejayaan Cakna Cemerlang Pelajar Tingkatan 4 SMKA Wataniah pada 15 dan 16 Jun 2011 yang disertai seramai 132 orang pelajar-pelajar tingkatan 4.

Pelajar-pelajar SMKAWA sangat memberikan kerjasama yang baik kepada pihak kami dan melaksanakan setiap modul dengan bersungguh-sungguh. Ini merupakan program yang boleh dikatakan sangat berjaya dan juga merupakan program julungkalinya buat ULF-PMIT untuk mengendalikan pelajar sekolah menengah. Terima Kasih yang tidak terhingga juga buat Cikgu Kaunseling SMKAWA , Cikgu Wan Mohd Noor, kerana memberi kami peluang untuk belajar disamping berkongsi ilmu dan pengalaman buat anak-anak muda bakal peneraju masa depan negara. Kami kongsikan coretan bergambar sepanjang program berlangsung.







Sumber gambar: http://wanmdnoor.blogspot.com/2011/06/program-motivasi-rentas-kejayaan-cakna.html
.