Tuesday, August 31, 2010

Ucapan Ulung Presiden Sesi 2010/2011

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah syukur dan sujud kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat lagi kita bertemu bagi sidang 2010/2011 di bumi barakah,bumi TATiUC insyaAllah.

Pertama-tama dan selama-lamanya,marilah bersama-sama kita rafa’kan kesyukuran ke hadrat Ilalhi kerana dengan izin dan limpah kurnianya, Persatuan Mahasiswa Islam (PMITATiUC) masih lagi tertegak dengan tegar lagi utuh di bumi TATiUC ini. Seperti mana yang kita semua ketahui,tertegaknya Islam di bumi ini adalah hasil dari nikmat kurniaan Allah s.w.t dan merupakan satu kesyukuran bagi kita sebagai seorang umat Islam kerana dapat merasai nikmat Iman dan Islam di bumi yang makmur lagi sejahtera.

Tanpa kepimpinan, organisasi pincang, tanpa organisasi, ummah kecundang. Ini bererti perlunya kewujudan pimpinan dalam sesebuah organisasi yang akan menerajui dan mengepalai dan mencorakkan perjalanan organisasi tersebut.Sekalung ucapan tahniah dan takziah diucapkan buat pimpinan baru PMITATiUC sidang 2010/2011. Semoga kalian dapat menjalankan tanggungjawab dengan seikhlas mungkin seterusnya memacu PMI ke arah melahirkan siswa lestari berteraskan prinsip Islam selaras dengan wadah PMITATiUC sebagai membentuk siswa yang cemerlang bukan saja dari sudut akademik malah dari sudut rohani dan juga jasmani.

PMIT selaku salah sebuah persatuan yang mendokong aspirasi kolej universiti melihat perlunya usaha ke arah merealisasikan objektif tersebut dipacu bersama melalui prinsip Islam sebagai asas melahirkan siswa dan juga kolej universiti yang selari statusnya sebagai IPT teknikal. Ini dapat dicapai sekiranya semua pihak memandang berat status yang dipegang oleh TATiUC selain bersama-sama menjana idea serta membantu dalam meningkatkan kualiti pelbagai sektor di dalam kolej universiti. Integrasi antara pelbagai pihak turut memainkan peranan yang penting selain komitmen dari komuniti TATiUC itu sendiri dalam mencapai segala matlamat yang telah ditetapkan oleh kolej universiti.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan sama-sama kita doakan agar memperolehi keberkatan dibulan Ramadhan pada kali ini.

Akhir kata,saya selaku presiden, juga mewakili warga Jawatnkuasa PMITATiUC mengucapkan selamat berjaya dan semoga bersama-sama mencapai cita-cita dan impian masing-masing diiringi oleh redha Illahi. Mudah-mudahan kalian semua sentiasa dilindungi dan sentiasa berada dalam rahmatNya,insyaAllah. Sekian

“MAHASISWA RABBANI PEMANGKIN MASYARAKAT MADANI”

MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOKTAR,
Presiden,
PMITATiUC Sesi 2010/2011
.

Wednesday, August 11, 2010

Program Santai Di Pantai Telok Kalong bersama KIMTA

Gambar Kenangan: Santai Di Pantai Telok Kalong

7 Ogos 2010 (Sabtu), satu program yang dinamakan Program Santai Di Pantai Telok Kalong yang telah rancangkan bersama oleh PMIT dan KIMTA ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Program ini merupakan program ketiga yang dilancarkan oleh PMIT setelah program yang pertama iaitu Tayangan Talian Kasih (TTK2010) pada 27 Julai lepas. Seperti biasa, peserta bagi program ini telah mendapat cop merit dari anjuran ini yang amat berguna dalam memudahkan mendapatkan asrama pada sesi akan datang.

Program ini dimulakan pada 7.oo pagi bermula di Taman Tasik TATiUC dan akan bergerak ke Pantai Telok Kalong beramai-ramai. Walaupon cuaca pada hari itu kelihatan mendung berserta hujan yang telah turun renyai, namun ianya tidak mencacatkan semangat peserta untuk berkumpul dan menjayakan aktiviti ini.

Pada permulaan program ini, peserta-peserta telah melakukan senaman pagi bersama-sama bagi meregangkan otot disamping menyihatkan tubuh dengan menghirup udara yang segar. Setelah itu, para peserta kemudian mula bergerak ke Pantai Telok Kalong secara beramai-ramai dan teratur.

Di pantai, aktiviti diteruskan dengan takruf dan sukaneka yang mengeratkan ikatan ukhwah sesama insan dalam bentuk beberapa kumpulan. Antara aktiviti yang dibuat adalah bermain bola, , futsal, seropah gergasi, membina istana pasir dan bermain air. Peserta dilihat gembira dan berpuas hati akan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan pada akhir program ini.

Dengan ini, diharap semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi. Kami pihak PMIT ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pakatan dalam menjayakan program ini iaitu KIMTA. Dengan adanya aktiviti ini, diharap kesemua ahli PMIT mendapat manfaat dan kebaikan dari apa yang telah dilakukan dan diterapkan nilai-nilai yang murni dan mampu menjadi mahasiswa yang hebat, intelektual dan bersahsiah suatu hari kelak. Insyaallah.









.

Mesyuarat Agung Tahunan PMIT 2010/11

3 Ogos 2010 (Rabu), satu perjumpaan majlis Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) telah dilangsungkan bertempat di Thetreate B pada jam 9 malam. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Solah dan dirasmikan oleh penasihat kelab PMI TATiUC.

Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan mahasiswa-mahasiswa TATiUC dapat memajukan TATiUC ini dengan nilai -nilai yang lebih baik disebalik usaha meningkatkan sahsiah diri. Beliau juga meluahkan betapa beliau berharap mahasiswa TATiUC menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.

Setelah menamatkan ucapan beliau, majlis diteruskan oleh ucapan Presiden kelab PMIT dan sesi memperkenalkan ahli-ahli jawatan kuasa PMIT sesi 2009/2010 lepas dan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan pada PMIT sepanjang tahun lepas.

Setelah selesai, Presiden PMIT iaitu saudara Muhammad Basyirun telah secara rasminya meletakkan jawatannya dan menyerahkan kepada Presiden yang baru iaitu saudara Izzuddin bin Moktar. Untuk pengetahuan semua, jawatan majlis tertinggi ini iaitu jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Sertiausaha dan Bendahari ini telah ditetapkan terdahulu melalui mesyuarat antara ahli Majlis Tertinggi sahaja. Setelah itu, majlis diteruskan dengan pemilihan ahli jawatankuasa baru iaitu biro kebajikan, biro akademik, biro publisiti, biro sukan, biro ekonomi dan juga biro tugas khas.

Cara pelantikan jawatan ini dibuat dengan cara memilih 2 orang ahli iaitu seorang dari kalangan siswa dan seorang dari kalangan siswi. Ini adalah bagi memudahkan mana-mana ahli yang mempunyai masalah untuk merujuk kepada biro tertentu.

Akhirnya 12 orang ahli jawatan kuasa baru berjaya dipilih melalui undian oleh ahli-ahli lain yang hadir pada malam itu. Dengan pelantikan ini, diharap kesemua ahli PMIT dapat bekerjasama dalam menjayakan mengikuti setiap program kelab ini. Dengan ini, diharapkan PMI TATiUC boleh terus melahirkan mahasiswa yang hebat, intelektual dan bersahsiah suatu hari kelak.

Berikut adalah nama-nama Ahli Mesyuarat Tinggi berserta ahli jawatankuasa yang terbaru bagi Sesi 2010/2011.




________________________________________________________

Presiden: Mohamad Izzuddin Mokhtar
Timbalan Presiden: Muhammad Azri Bin Omar
Setiausaha: Zawani Binti Abd Raub
Bendahari: Ummu Aiman Suhaimi

Biro Kerohanian:
1) Khairul (HBF)
2) Ummi Amirah (MT)

Biro Ekonomi:
1) Muhammad Noorul Hafiz (BMT)
2) Syazwani (PT)

Biro Akademik:
1) Muhammad Zairi Bin Kamaruddin (BMET)
2) Siti Rabihah (NT)

Biro Publisiti:
1) Ahmad Sufi Bin Ahmad Asri (BCNS)
2) Hidayu (GMK)

Biro Sukan:
1) Hassan (NT)
2) Izzati (PT)

Biro Kebajikan:
1) Syahiran (TDD)
2) Syazwani (BCNS)

Biro Tugas Khas:
1) Shafiq (MT)
2) Siti Syazwani (BCNS)
.

Tuesday, August 10, 2010

Jadual Berbuka Puasa Bagi Negeri Terengganu 2010


Klik gambar untuk download.
.

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan

Persatuan Mahasiswa Islam TATIUC Mengucapkan
Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua umat Islam 
dimana jua anda berada.


Hadis riwayat Abu Hurairah ra :
Bahwa Rasulullah saw bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan syaitan-syaitan dibelenggu.
.