Wednesday, August 11, 2010

Program Santai Di Pantai Telok Kalong bersama KIMTA

Gambar Kenangan: Santai Di Pantai Telok Kalong

7 Ogos 2010 (Sabtu), satu program yang dinamakan Program Santai Di Pantai Telok Kalong yang telah rancangkan bersama oleh PMIT dan KIMTA ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Program ini merupakan program ketiga yang dilancarkan oleh PMIT setelah program yang pertama iaitu Tayangan Talian Kasih (TTK2010) pada 27 Julai lepas. Seperti biasa, peserta bagi program ini telah mendapat cop merit dari anjuran ini yang amat berguna dalam memudahkan mendapatkan asrama pada sesi akan datang.

Program ini dimulakan pada 7.oo pagi bermula di Taman Tasik TATiUC dan akan bergerak ke Pantai Telok Kalong beramai-ramai. Walaupon cuaca pada hari itu kelihatan mendung berserta hujan yang telah turun renyai, namun ianya tidak mencacatkan semangat peserta untuk berkumpul dan menjayakan aktiviti ini.

Pada permulaan program ini, peserta-peserta telah melakukan senaman pagi bersama-sama bagi meregangkan otot disamping menyihatkan tubuh dengan menghirup udara yang segar. Setelah itu, para peserta kemudian mula bergerak ke Pantai Telok Kalong secara beramai-ramai dan teratur.

Di pantai, aktiviti diteruskan dengan takruf dan sukaneka yang mengeratkan ikatan ukhwah sesama insan dalam bentuk beberapa kumpulan. Antara aktiviti yang dibuat adalah bermain bola, , futsal, seropah gergasi, membina istana pasir dan bermain air. Peserta dilihat gembira dan berpuas hati akan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan pada akhir program ini.

Dengan ini, diharap semoga aktiviti-aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi. Kami pihak PMIT ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pakatan dalam menjayakan program ini iaitu KIMTA. Dengan adanya aktiviti ini, diharap kesemua ahli PMIT mendapat manfaat dan kebaikan dari apa yang telah dilakukan dan diterapkan nilai-nilai yang murni dan mampu menjadi mahasiswa yang hebat, intelektual dan bersahsiah suatu hari kelak. Insyaallah.









.

No comments: