Thursday, July 19, 2012

Ahlan Ya Ramadhan....


Sempena menyambut Ramadhan ini, pihak Pmi Tatiuc ingin mengambil kesempatan yang ada untuk Mengucapkan Selamat Berpuasa.

Tungganglah Motorsikal dengan Cermat, Pandulah Kereta Dengan Berhati-hati...
Yang Naik Bas tu pesan kat drebar mintak jangan laju-laju....

Semoga kita semua diberkati dan tanamkan azam untuk memanfaatkan peluang Ramadhan kali ini sebaiknya seolah-olah ianya Ramadhan terakhir kita.... Insyaallah...

Bagi yang mencari-cari jadual berbuka puasa, Pmi Tatiuc menyediakan jadual yang sudah sedia untuk dimuat-turun. (*Note: Right-Click pada gambar dan pilih "open in new tab" untuk paparan yang lebih besar.)

Jadual Berbuka dan Imsak Bagi Kawasan Kemaman - Dungun (1433 / 2012)
.

Wednesday, July 11, 2012

Kursus Imam dan Bilal

.

Wednesday, July 4, 2012

Selamat Datang Mahasiswa Baru Ke TATIUC

Selamat datang diucapkan buat kalian. Semoga tatiuc ini menjadi tempat persinggahan yang memberikan peluang dan jalan untuk terus membuatkan kita mendaki ke puncak kejayaan duniawi dan ukhrawi.


Ikhlas daripada: PERSATUAN MAHASISWA ISLAM TATIUC (PMIT)
.

Sunday, April 1, 2012

PMIT Terus Menuju Puncak Kegemilangan

Anugerah Tokoh Aktiviti Pelajar (kiri) dan Anugerah Persatun Terbaik (kanan)

Pada 31 Mac 2012 yang lalu, satu Majlis Makan Malam dan Sumbangsih telah diadakan bertempat di ITC-TATIUC (Pupuk Semangat). Program ini merupakan program 2 dalam 1 dimana majlis makan malam dan Malam Sumbangsih diadakan serentak.

Untuk pengetahuan semua, majlis makan malam ini merupakan anjuran Majlis Perwakilan Pelajar TATIUC 2012 manakala program Sumbangsih pula merupakan anjuran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni TATIUC. Sumbangsih adalah program penyampaian anugerah kepada mahasiswa-mahasiswa TATIUC dan persatuan-persatuan yang telah berjasa sepanjang penglibatan mereka di TATIUC.

Alhamdullilah. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaan dan rahmat-Nya, program ini berjalan dengan lancar dan Persatuan Mahasiswa Islam TATIUC telah membuktikan bahawa persatuan inilah persatuan yang terhebat dimana hampir kesemua anugerah yang disampaikan merupakan ahli PMIT.

Berikut adalah anugerah yang telah disampaikan:

Program Terbaik
Ekplorasi Jejak Mahsuri di Pulau Langkawi (Kelana Siswa)

Persatuan Terbaik
Persatuan Mahasiswa Islam TATIUC (PMIT)

Penasihat Persatuan Terbaik
Che Mohamad Bin Che Omar (Penasihat PMIT)

Olahragawan
Mohd Rozi - Kejohanan Silat Peringkat Antarabangsa 
(Ahli PMIT)

Pelajar Harapan
Muhammad Izzuddin Bin Mokhtar
(Exco Dakwah & Kerohanian sesi 2011/2012 PMIT)


Tokoh Aktiviti Pelajar
Muhammad Azri Bin Omar
(Presiden PMIT 2011/2012)


Untuk ini, marilah kita sama-sama mendoakan semoga PMIT akan terus membangun dan mengapai zaman kegemilangannya sekali lagi, bukan dimata TATIUC sahaja malah dimata Malaysia. Insyaallah.
.

Anugerah Persatuan Terbaik - Persatuan Mahasiswa Islam TATIUC
.
Penasihat Persatuan Terbaik - Che Mohamad

Olahragawan (Kejohanan Silat Peringkat Antarabangsa) - Mohd Rozi 

Anugerah Pelajar Harapan - Muhammad Izzuddin

Anugerah Tokoh Aktiviti Pelajar - Muhammad Azri

Kumpulan Nasyid Soutul Ikhwan Sedang Mempersembahkan Lagu

Krew Media PMIT Bersiap Sedia Dalam Menjalankan Tugas
.

Saturday, March 31, 2012

Rentetan Dari Program Hukmah 2012 : Ceramah Perdana & Persembahan Nasyid

Gambar Kenangan: Bersama Imam Muda Hizbur Rahman dan Kumpulan IQ-ONE

Alhamdullilah. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaan dan rahmat-Nya, Program Ceramah Perdana & Persembahan Nasyid yang julung kalinya diadakan telah berjalan lancar. Program ini telah pun berlangsung bertempat di perkarangan FTKEA pada 30 Mac 2012, bermula pada jam 9.00 malam.

Buat pengetahuan semua, program ini merupakan anjuran bersama Exco Penerbitan, Publisiti & Teknologi Maklumat, Majlis Perwakilan Pelajar TATIUC dan AJK Blok Asrama Kedua C & D.

Bagi program Ceramah dan Persembahan Nasyid, Exco Penerbitan, Publisiti & Teknologi Maklumat telah ditugaskan untuk menjemput penceramah jemputan khas iaitu Imam Muda Hizbur Rahman. Beliau merupakan pemenang kedua bagi program yang tidak asing lagi iaitu Imam Muda Musim Pertama di Astro Oasis dan tidak lama lagi akan muncul kembali di rancangan yang sama iaitu sebagai mursyid (pembimbing) Imam Muda Musim Ke-3.

Tidak dilupakan juga artis jemputan kita iaitu Kumpulan Nasyid IQ-ONE yang sudah menempah nama di Malaysia. Terdirinya mereka daripada 4 orang ahli kumpulan, namun diatas perkara-perkara yang tak dapat dielakkan, mereka tetap menghadirkan diri bagi menjayakan program ini walaupun seramai 2 orang.

Program ini berjalan dengan lancarnya dan tamat pada pukul 11 malam.

Gambar Kenangan



































Krew Media PMIT Bersama Ustaz Arsony
.

Friday, March 30, 2012

Wednesday, March 21, 2012

Bengkel Pemantapan Organisasi

Assalamualaikum wbt...

Satu program "Bengkel Pemantapan Organisasi" anjuran PMIT akan diadakan pada berikut :

Hari : Sabtu (24 MAC 2012)
Tempat : Threatete A
Masa : 8 Pagi sehingga 6 Petang
Bayaran : PERCUMA

Kepada sesiapa yang berminat, sila hantarkan NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN DAN KURSUS kepada talian HOTLINE PMIT di 019-9354451.

Tempat adalah terhad kepada 40 peserta PMIT yang terawal sahaja. Sijil penyertaan akan diberikan. Berikut adalah tentatif program bagi rujukan anda.

TENTATIF PROGRAM BENGKEL PEMANTAPAN ORGANISASI

MASA
AKTIVITI
PENCERAMAH
8.30 – 9.00
Pendaftaran / sarapan
-
9.00 – 11.00
Bengkel 1 - 
Kepimpinan dan komunikasi
En Che Mohamad Bin Che Omar
11.00 – 1.00
Bengkel 2 - 
Penyediaan kertas kerja program
Pn Norhayati Binti Muhammad
1.00 – 2.00
Rehat / makan tengah hari / solat
-
2.00 – 4.00
Bengkel 3 - 
Sistem fail / no rujukan
Pn Norhayati Binti Muhammad
4.00 – 6.00
Bengkel 4 -
Surat-menyurat / no rujukan.
Minum petang
Penyampaian sijil / penutup
Bersurai.
Pn Norhayati Binti Muhammad
.