Thursday, March 1, 2012

Rentetan Dari Program Kuliah Santai: Hijrah Syahadah

Penasihat PMIT (En.Che Mohamad) menyampaikan cenderamata kepada Penceramah

Alhamdullilah. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaan dan rahmat-Nya, kuliah agama yang pertama anjuran Exco Dakwah & Kerohanian PMIT bagi sesi ini telah berjaya dilangsungkan bertempat di Surau Utama TATIUC.

Tujuan utama program ini diadakan bagi berkongsikan ilmu agama yang bermanfaat disamping menyebarkan dakwah Islamiah sekaligus mendekatkan mahasiswa TATIUC untuk sentiasa berkunjung ke surau.

Bagi kuliah pertama yang bertarikh 29 Februari 2012 ini, PMIT telah menjemput penceramah yang tak kurang terkenalnya iaitu Ustaz Muhammad Rashidi untuk memberi ceramah yang bertajuk "Hijrah Syahadah". Beliau juga merupakan pengarang kepada dua buah buku yang bertajuk "Travelog Syahadah" dan "Travelog Hidayah" yang menceritakan pengalaman beliau sewaktu baru memeluk Islam dan mendapat hidayah Allah swt.

Perjalanan kuliah ini bermula setelah selesai solat Magrib berjemaah di surau TATIUC dan berakhir dengan solat Isyak berjemaah.Selepas itu, mahasiswa TATIUC yang hadir telah berpeluang untuk membeli barangan "ILuvIslam" yang dijual oleh PMIT dan juga buku "Travelog Syahadah" yang dijual oleh pembantu Ustaz Rasyidi.
Alhamdullilah. Berdasarkan kehadiran yang di ambil, jumlah yang hadir melebihi 200 orang mahasiswa TATIUC. Program kuliah kali ini juga dihadiri oelh Penasihat 1 PMIT, En. Che Mohamad Bin Che Omar. Semoga Allah swt sentiasa merahmati kita semua dan membuka hati serta memberikan Hidayah, nikmat yang paling berharga kepada seluruh ummat Islam terutamanya warga TATIUC. Semoga kedatangan peserta ke kuliah ini akan meningkat dan terus meningkat. Insya-Allah.

Gambar Kenangan







Ustaz Rashidi Sedang Menyampaikan Ceramah Beliau

Peminat Ustaz Rashidi Yang Membawa Buku "Travelog Syahadah" Untuk Ditandatangani

Gambar Kenangan: AJK PMIT Bersama Ustaz
.

No comments: