Sunday, March 4, 2012

Rentetan Dari Program Pertandingan Boling Tertutup PMIT

Peserta - Peserta Boling Tertutup PMIT

Alhamdullilah. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaan dan rahmat-Nya, Pertandingan Boling Tertutup PMIT yang julung kalinya diadakan telah berjalan lancar dan mencapai matlamatnya. Buat pengetahuan semua, pertandingan ini telah berlangsung di Megalanes Bowling, Kuantan Megamall, Pahang anjuran Exco Publisiti, Penerbitan dan Teknologi Maklumat pada tarikh 3 Mac 2012.

Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk menyampaikan mesej bahawa bersukan adalah sesuatu yang dituntut dan dianjurkan didalam Islam. Selain daripada menyihatkan tubuh badan dan mengasah bakat masing-masing, sukan juga memupuk serta mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan mahasiswa.

Bersukan walau dalam apa bidang sekalipun tidak menghalang kita daripada menyertainya asalkan ianya berlandaskan syariat ISLAM. Penganjuran pertandingan boling ini juga memberi pendedahan kepada mahasiswa bahawa ISLAM itu syumul dan dan tidak hanya merujuk kepada satu aspek sahaja.

Perjalanan ke Kuantan Megamall bermula pada jam 8.30 pagi. Setelah tiba disana, kami terus ke destinasi  iaitu ke Mega Lanes dan mendaftar nama kami. Untuk pengetahuan, peserta dari kalangan lelaki dan wanita diasingkan dan dan pertandingan ini diadakan mengikut dua kategori iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Wanita.

Setelah selesai, majlis ditutup dan hadiah bagi tempat pertama, kedua dan ketiga mengikut kategori telah disampaikan oleh Presiden PMIT iaitu saudara Muhammad Azri Bin Omar.

Berikut adalah keputusan untuk Pertandingan Boling Tertutup PMIT.

KATEGORI LELAKI

TEMPAT PERTAMA: PokHussien Crews
TEMPAT KEDUA: ShoutulIkhwan
TEMPAT KETIGA: TenangDoh

KATEGORI WANITA

TEMPAT PERTAMA: Skuad Siti Wani
TEMPAT KEDUA: Astro Avira
TEMPAT KETIGA: Black Girl

Majlis kemudiannya berakhir dan peserta dibenarkan untuk aktiviti bebas sebelum pulang ke TATIUC pada jam 5 petang.

Akhir kata, semoga dengan penganjuran pertandingan ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara mahasiswa-mahasiswa TATIUC. Diharap penyertaan daripada mahasiswa TATIUC terutamanya dari ahli PMIT dapat membangkitkan semangat kesukannya di kampus TATIUC lantas melahirkan mahasisawa yang berfikiran cerdas, matang dan sihat.
.

No comments: